Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Persembahan PENTARAMA Tarik Minat Anak Muda

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juliawati Razali/Nooremmyza Rawat (Sepang)

DENGKIL, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 400 orang pelajar berumur 18 hingga 22 tahun membanjiri Anjung Dengkil untuk menyaksikan Showcase@PENTARAMA Fantasi dari Jabatan Penerangan yang diadakan di UiTM Kampus Dengkil malam semalam.

Menurut Nurizzaty Affendy, 18, ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan persembahan daripada PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia secara langsung yang mempersembahkan sketsa bertajuk ‘Pengorbanan Ibu Bapa’.

“Saya rasa teruja dan tertarik dengan cara penyampaian mesej dalam bentuk hiburan,” katanya.

Katanya lagi, sketsa ini juga turut menyentuh perasaan kerana penyampaian yang sangat mendalam mengenai pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

“Bukan persembahan hiburan semata-mata, tetapi kami juga dapat memahami mesej dasar kerajaan yang ingin disampaikan melalui nyanyian, tarian dan sketsa yang dipertontonkan,” jelasnya.

Fiesta de’ Asasi 2023 ini berlangsung dari 3 hingga 5 Mac 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Legal Talk’, ‘food truck’ dan ‘asid stalls’.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Dengkil, Muhammad Hafiz Mohd Arif berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan program seumpama ini yang sarat dengan mesej.

“Seharusnya persembahan PENTARAMA ini di jadikan aktiviti tahunan kerana ia mampu menarik minat anak muda secara tidak langsung dan mesej dasar kerajaan itu mampu disampaikan secara hiburan bermaklumat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda