Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kolam Pancing Ikan Siakap Menggamit Kaki Pancing Berkunjung ke Langkawi

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin (Langkawi)

LANGKAWI, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Sekali gagal tidak bererti akan gagal selamanya, itulah pendirian yang pegang oleh pengusaha kolam memancing ikan siakap di Tanjung Rhu, Isma Isyaruddin Ishak.

Menurut Isma walaupun Pulau Langkawi dikelilingi laut, yang mana penggemar memancing boleh memancing di mana-mana lokasi, namun beliau terus bertekad untuk membuka kolam memancing siakap yang lain dari yang lain di samping dapat menjualnya kepada peniaga sekitar Langkawi.

“Biarpun dua kali jatuh bangun dalam mengusahakan kolam pancing ikan siakap, ini tidak melemahkan semangat dan inilah satu-satunya kolam memancing siakap di Langkawi.

“Pemancing yang datang memancing hanya dikenakan bayaran RM18 sekilogram untuk beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan dan tiada yuran kemasukan untuk para pemancing,” katanya.

Isma juga meraih pendapatan melalui penjualan ikan siakap kepada pengusaha restoran di sekitar Langkawi.

Seorang pemilik restoran yang di temui, Rosah Kasa,45,  berkata, selain membeli ikan yang murah dan segar daripada Isma beliau turut memancing di sini,” ujarnya.

“Pelancong yang datang ke Langkawi ini akan memilih ikan siakap kerana saiz dan kesegaran hidangan yang disediakan serta harga yang berpatutan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda