Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Mari Beli Lokal Ramadan dan Raya di MyMall

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Pelancaran Mari Beli Lokal Ramadan dan Raya telah diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

“Pelancaran Kempen Mari Beli Lokal Ramadan dan Raya bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan usahawan Malaysia,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Tambahnya, kempen ini bertujuan memberikan sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, dan secara tidak langsung membantu proses pendigitilan PMKS di Malaysia.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Shaheizy Sam, 40, usahawan selebriti yang pertama menyertai MyMall, berkata sangat seronok kerana mendapat sokongan yang hebat dari KUSKOP dan ianya membantu usahawan tempatan mempromosikan produk masing-masing.

Yasimi Brenda Abbigail Masiang, 48, berkata kehadiran mereka didatangkan khas dengan membawa produk usahawan Sabah yang menjadi pilihan orang ramai seperti Sambal Lengkuas Ayam Yasimi, Sambal Bambangan, Lada Pencicah POMOTOH dan banyak lagi.

Rozalea Anthony, 49, pengasas OhanaKita berkata usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertepatan pada masa kini dengan menyediakan platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Turut dipersembahkan adalah peragaan fesyen dan produk usahawan MyMall.

-ZS-

Tinggalkan komen anda