Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gerak Rahmah Jom Ronda Perdana SRS Bantu Keselamatan, Kesejahteraan dan Keharmonian Komuniti

By 19 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perpaduan Negara yang melancarkan Program Gerak Rahmah SRS serentak di seluruh negara turut berjaya dilaksanakan di Kampung Kuala Teriang, di sini semalam.

Objektif program adalah untuk mengaktifkan dan memperkasakan peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian komuniti.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Zulkifli Hashim, berkata Gerak Rahmah Jom Ronda Perdana SRS adalah satu program kebanggaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integarasi Nasional yang bertujuan memperkasakan, mengiatkan dan menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan dalam usaha membangunkan komuniti Rahmah di semua kawasan-kawasan yang mempunyai SRS.

“Program ini dinamakan Gerak Rahmah kerana tujuan kita untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat khasnya dalam tujuan kita nak menjaga keselamatan komuniti.

“Tujuan atau objektif kita adakan Gerak Rahmah Jom Ronda ini pertama kita hendak wujudkan kesedaran dalam kalangan ahli-ahli masyarakat bahawa tanggungjawab nak menjaga keselamatan komuniti ini tanggungjawab bersama bukan sahaja tanggungjawab polis semata-mata,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda