Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pertandingan Kanu Beri Peluang Bakat Baru Menyerlah

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fadillah Abd Latif (Muar)

MUAR, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Kanu Negeri Johor (PEKEJ) bersama Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Kanu Malaysia telah menganjurkan Johor International Canoe Championship 2023 dan Sirkit Kanu Kebangsaan Siri 1/2023 yang bertempat di Kompleks Sukan Kanu, Tasik Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, di sini baru-baru ini.

Menurut Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Mohd Taqiuddin Poniran, pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan dan persiapan awal kepada pasukan kanu negara yang bakal bersaing di Sukan SEA yang ke-32 di Kemboja pada 5 hingga 16 Mei ini.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 16 Mac dan berakhir pada 19 Mac melibatkan 22 pasukan dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Filipina, Hong Kong, Indonesia dan Hungary.

Antara acara yang dipertandingkan adalah termasuk Kayak Sprint 1000m, 500m, 200m, Dragon Boat 500m, Kayak Polo dan Kayak Slalom.

-ZS-

Tinggalkan komen anda