Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Latihan Skuad Untuk Sukarelawan Antidadah

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marshita/AADK Barat Daya

PANTAI TELUK BAYU, 12 Mac (Malaysiaaktif ) – Penglibatan sukarelawan Antidadah perlu diperluaskan dalam kalangan masyarakat untuk membantu kerajaan membanteras memerangi permasalahan penggunaan dadah.

Seramai 30 orang sukarelawan terlibat dalam program anjuran AADK Daerah Barat Daya.

Menurut Ketua Unit AADK Daerah Barat Daya Ibrahim, 45, antara objektif penganjuran program ini adalah memberi penerangan dan fungsi peranan sebagai sukarelawan untuk menggalas tangungjawab sebagai Skuad Antidadah serta menjadi mata dan telinga bagi membantu AADK membasmi dadah dalam Komuniti masing masing,” ujarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan berkaitan peranan tugas, latihan dalam kumpulan serta permainan yang menggunakan minda untuk berfikir secara kreatif.

Program ini mendapat sambutan khususnya bagi anak muda yang sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda