Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Memperkasakan Golongan Wanita

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Noornita Ahmad (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Agenda memperkasa dan mempertabatkan wanita terus menjadi agenda utama yang diberi perhatian dalam agenda program Pulau Pinang 2030.

Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow, berkata bagi tahun 2023 ini kerajaan memfokuskan kepada dasar keluarga selamat kepada wanita di samping agenda membantu merapatkan jurang gender antara lelaki dan golongan itu selain mendapatkan peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.

Bagi menghargai peranan wanita di negeri ini, sebuah badan korporatPenang Women Development Corparation sekali lagi menganjurkan satu program khas bagi wanita negeri iaitu ‘Haria Mega Zumba’ yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia bertempat di Perkarangan Midtown Perda Tasek Gelugor.

Program yang dirangka dalam skala besar ini mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record dengan hampir 9,500 orang mengambil bahagian.

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai jualan kendera saji, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan, jualan terus dari ladang dan pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda