Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Sehari Bersama Rakyat Membantu Menyebarluaskan Perkhidmatan Oleh Agensi Kerajaan

By 12 Mac 2023Mac 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undanban Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, semalam turun padang bersama beberapa Ketua Jabatan untuk menyertai Program Sehari Bersama Rakyat Negeri Perlis bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik.

Program kerjasama Pusat Khidmat ADUN Indera Kayangan bersama Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan dengan penglibatan sebanyak 19 pelbagai agensi kerajaan.

Menurut beliau, program ini merupakan satu platform yang dapat membantu mempermudahkan masyarakat dengan menyatukan pelbagai agensi di bawah satu bumbung.

“Dengan program sebegini dapat membantu agensi-agensi yang terlibat menyebarluaskan maklumat dari segi jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan.

“Program yang bermanfaat seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi memudahkan masyarakat tempatan,” ujar beliau ketika ditemui selepas perasmian.

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda