Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Madu Kelulut Jana Pendapatan

By 12 Mac 2023Mac 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Muhammad

PASIR PUTIH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang setanding dengan madu lebah.

Menurut seorang Penjawat Awam, Azmi Omar, 49, dari Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, berkata mulanya beliau hanya mengusahakan kelulut ini untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu tiga tahun lalu, kini usahanya itu membawa pulangan yang memberansangkan.

“Lebah Kelulut atau digelar ‘Meliponini’ nama saintifiknya adalah sejenis lebah yang tidak bersengat yang menghasilkan madu seperti lebah,” jelasnya.

“Melihat sambutan yang hangat terhadap madu kelulut saya dan keluarga telah mengembangkan lagi pemeliharaan madu kelulut ini.

“Pada mulanya cuma empat sarang kelulut sahaja yang kini telah bertambah kepada 115 sarang,” katanya.

“Setiap sarang mampu menghasilkan sebanyak dua hingga tiga kilogram madu sekali sedut, madu akan disedut setiap 15 hari sekali, harga pasaran madu kelulut ialah RM120 sekilogram,” tambahnya.

“Di samping itu, pihak Pejabat Pertanian Pasir Puteh, sering datang memberi bimbingan dan memberi bantuan seperti mesin penyedut madu, botol, sarang kelulut dan baju khas untuk dipakai semasa menyedut madu,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda