Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rakyat Pulau Pinang Cakna Hak Sebagai Pengguna

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Muhammad Azim Abu Bakar (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang telah menerima 424 aduan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi suku pertama tahun 2023 berbanding 329 aduan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun lalu.

Menurut Timbalan Pengarah KPDN A. Mogan jumlah aduan yang tinggi ini menunjukkan pengguna semakin bijak dan peka dengan isu kepenggunaan.

“Pengguna di Pulau Pinang semakin cakna dengan isu-isu kepenggunaan dan semakin sedar akan hak-hak sebagai pengguna yang bijak,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pelepasan Peserta Jejak Kepenggunaan 2023 di Kompleks Sempilai Jaya, di sini semalam.

Katanya, antara saluran popular yang digunakan ialah menerusi aplikasi WhatsApp dengan aduan yang kerap diterima membabitkan tindakan peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga selain isu harga yang dipamerkan di premis seperti pasar raya berbeza sewaktu pembayaran di kaunter juruwang.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak KPDN bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak sebagai pengguna agar tidak ditindas,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda