Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ramai Wanita Tidak Tahu Cara Penyelesaian Tuntutan Nafkah Selepas Penceraian

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Anizan Mat Daud/Noor Haswan Noor Azman (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Ramai dalam kalangan isteri dan anak-anak terbiar dan teraniaya kerana diabaikan oleh suami dan ayah apabila ditinggalkan akibat perceraian.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan Wan Adam Al- Baqir Mohd Nordin, di Kelantan khasnya masih terlalu ramai isteri yang tidak tahu cara penyelesaian mengenai isu tuntutan nafkah apabila perceraian berlaku dalam keluarga.

“Mereka dan anak-anak akan terabai dan seterusnya akan memberikan kesan atas mana-mana individu yang terlibat akibat bapa tiada sikap ihsan dalam diri.

“Proses aduan daripada pengadu, runding cara, penguatkuasaan dan perintah oleh Mahkamah Syariah dan seterusnya Perintah Pengkomitan merupakan tindakan dan susur galur apabila berlakunya aduan.

“Inilah tanggungjawab kami, memberikan khidmat bantuan dan menerima aduan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Kelantan,” katanya selaku panel influencer Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan pagi tadi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan Muhd Nor Aswadi Md.Nor dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Orang Kota Bharu Negeri Kelantan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda