Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Permaisuri Agong Rasmi Villa ARAH MAKNA untuk Pesakit Kanser

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/UIAM

GOMBAK, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  berkenan berangkat hadir dan merasmikan Villa ARAH MAKNA (Majlis Kanser Nasional) di sini hari ini.

Tunku Azizah yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut berkenan membuat lawatan di dalam rumah dan bertemu dengan beberapa orang pesakit kanser yang sedang menghuni Villa tersebut.

Turut mengiringi lawatan baginda ialah Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid dan Orang Besar Dacrah Gombak. Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Sementara itu, Tan Sri Dzulkifli ketika ditemui memaklumkan rumah berkenaan diamanahkan kepada MAKNA untuk dijadikan sebagai rumah perantaraan MAKNA yang ketujuh beroperasi sejak November tahun lalu.

“Rumah  ini untuk kemudahan penginapan sementara kepada pesakit-pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ia dilengkapi dengan enam bilik yang memuatkan 12 buah katil individu, dan pelbagai kemudahan asas seperti Wi-Fi, bekalan asas dapur, ruang tamu, serta pengangkutan percuma pergi dan balik ke hospital,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda