Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penduduk Kampung Fatimah lega Terima Borang 5A

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Tangganal Balasundram (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 25 keluarga dari Kampung Fatimah menerima permohonan hak milik tanah sempena program Jelajah #KitaSelangor penyayang Daerah Kuala Langat di Banting Waterfront, hari ini.

Mereka merupakan pemegang lesen pendudukan sementara atau LPS ke atas 25 plot tanah bagi tujuan bangunan kediaman bermula tahun 1989 di kawasan kampung Fatimah yang terletak di luar rezab sungai.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari yang menyampaikan Surat Kelulusan Hak Milik Tanah Borang 5A berkata kerajaan negeri sentiasa memastikan nasib keluarga di Selangor sentiasa terbela tanpa mengira bangsa dan agama.

Pemegang- pemegang LPS merupakan bekas pekerja Ladang Ann Kiat yang mula menduduki kawasan tersebut semenjak awal tahun  90-an setelah perkhidmatan mereka ditamatkan.

Seorang penerima, Palaniammal Sengamalai, 81, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana dapat menyelasaikan isu penempatan ini.

Seorang lagi penerima, Malathi Perumal, 62, pula berasa lega kerana isu penempatan selama 30 tahun ini dapat diselesaikan dan kini beliau boleh tidur lena.

Jelajah #KitaSelangor  penyayang Daerah Kuala Langat yang merupakan
program sehari yang menyediakan pelbagai acara menarik seperti saringan kesihatan percuma ‘Selangor’ Saring dan jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda