Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sultan Johor Santuni Mangsa Banjir

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir

BATU PAHAT, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa banjir dan mengurniakan sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Sri Medan, di sini semalam.

Baginda mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Malaysia Retail Chain Association (MRCA).

Baginda turut menziarahi tiga PPS yang lain iaitu PPS Sekolah Agama Taman Sri Kota Yong Peng, PPS SMK Dato Seth Yong Peng dan PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat, Saiful Lizan Ibrahim yang ditemui berkata JPS Daerah Batu Pahat melalui Kelab Sukan dan Badan Kebajikan JPS turut sama memberi sumbangan berbentuk barang-barang mainan kepada anak-anak kecil di PPS.

“Diharap sumbangan ini dapat menggembirakan dan menceriakan mereka walaupun dalam keadaan dilanda musibah banjir,” katanya.

Turut hadir mengiringi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ialah Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda