Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh
KOTA BHARU, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Gerai seorang pengusaha herba tradisional dari hasil akar dan daun hidupan hutan menjadi perhatian pengunjung di Pasar Jumaat di Dataran llmu, Jalan Dato’ Pati, di sini kelmarin.
Seorang pengusaha dan pencari tanaman herba, Roslan Mamat, 65, dari Melawi Bachok, menyatakan bahawa tumbuhan herba banyak khasiat, amat berfaedah untuk menyembuhkan berbagai penyakit.
“Namun perlu diingat mujarab herba hutan ini bukan terletak pada pokok dan akar tetapi terletak pada ramuan campuran dari pelbagai ramuan,” katanya.
“Tidak dinafikan, tumbuhan dari hutan amat tinggi khasiatnya boleh merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik,” tambahnya.
“Tumbuhan herba dari hutan seperti Mas Chotek, Tongkat Ali, Teja Lawan, Pokok Serasi, Semeru Gajah dan sebagainya mempunyai nilai yang tinggi dan baik untuk perubatan,” ujarnya.
Beliau berniaga bersama isteri, Zamilah lbrahim, 58, berkata semua akar kayu dan pokok dari hutan atau bukit, dikutip oleh suaminya sendiri kerana beliau lebih mengenali jenis pokok.
-ZS-