Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

PPCK Beri Sumbangan Galakkan Pelajar Terbaik

By 12 Mac 2023Mac 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wee Kim Been

TUMPAT, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 12 orang pelajar peranakan Cina jati negeri Kelantan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 diberi sumbangan galakkan kecemerlangan oleh Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK), di sini baru-baru ini.

Sumbangan ini merupakan daya tarikan cabaran kepada anak jati Cina Kelantan untuk terus bersaing lebih cemerlang dalam dunia pendidikan.

Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan Datuk Tan Ken Ten, berkata majlis ini diadakan setiap tahun sejak persatuan ini ditubuhkan 34 tahun lalu serta sumbangan disampaikan dalam bentuk sijil kecemerlangan dan wang tunai RM200.

Menurut adik Lee Ai Yu, 19, pelajar cemerlang STPM 2021, berkata beliau amat berterima kasih kepada PPCK, ini sebagai inpirasi  buat dirinya dan rakan- rakan lain untuk terus berusaha cemerlang dalam akademik yang semakin mencabar kini.

Manakala menurut ibu kepada Gan May Yee, yang memperolehi 9A SPM 2021, amat teruja dengan pemilihan sebagai penerima sumbangan galakan ini, dan kini anaknya sedang meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru Batu Rakit Kuala Terengganu.

“Anak saya sejak kecil menanam azam ingin menjadi seorang pendidik dan apabila berjaya kelak beliau ingin berbakti kepada anak bangsa dan tanah air tercinta ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda