Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Lumayan Menternak Rusa 

By 12 Mac 2023Mac 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh 

TANAH MERAH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang pesara polis dari Kampung Tebing Tinggi, Ulu Kusial, Tanah Merah, meraih pendapatan lumayan hasil menternak rusa Timorensis.

Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Zakaria Alias, 61, berkata beliau menternak rusa selepas bersara ini hanya sekadar mengisi masa lapang dan menambah pendapatan.

Menurut beliau, sebagai permulaan hanya 26 ekor rusa sahaja dipelihara dan akan ditambah mengikut keperluan semasa dan keupayaan.

“Saya baru pencen, jadi saya menternak rusa kerana ada permintaan ramai daripada penggemar makanan eksotik ini, satu kilo daging berharga RM80, bagi seekor rusa antara RM3,000 hingga RM6,000 bergantung kepada saiznya,” kata beliau.

“Pihak Pejabat Haiwan selalu memantau untuk membuat pemeriksaan dan memastikan kesihatan rusa berada dalam keadaan baik,” tambahnya.

Beliau dibantu oleh rakannya, Nik Kob Mat Ali, 53, mengumpulkan daun kelapa sawit yang diambil dari kilang berhampiran untuk dijadikan makanan rusa.

“Kadang-kadang kami bagi dedak berharga RM40 sekampit, sebulan enam kampit dedak diberikan kepada rusa agar rusa kelihatan gemuk, berisi, cantik dan menarik apabila di pandang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda