Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Southern Volunteers Berkampung di Segamat bagi Kerja Pasca Banjir

By 9 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Southern Volunteers (SV) Negeri Johor telah mengambil inisiatif menubuhkan pasukan pasca banjir bagi membantu mangsa banjir di Segamat.

Antara bantuan yang diberikan adalah kerja-kerja pembersihan rumah, masjid, surau, balai raya, dewan, pembersihan longgokan sampah di sekitar bandar Segamat serta sumbangan barang keperluan asas.

Pegawai Derah Segamat Tuan Mohd Masni Wakiman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan SV yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk On Jabbar kerana sudi turun ke Segamat.

“Sehingga hari ini, Segamat telah menampakkan penurunan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan angka 27 yang melibatkan 1,512 mangsa serta diharapkan dengan keadaan cuaca yang cerah pada minggu ini jumlah PPS yang disedia boleh tutup,” ujarnya.

Menurut On Jabbar setiap petugas SV yang hadir perlu bekerja dengan penuh semangat dan kuat dari segi mental serta fizikal semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan di rumah mangsa atau premis.

“Kita di sini berkampung selama empat hari bermula 9 hingga 12 Mac, oleh itu kita jangan terlalu tertekan sangat ketika menjalan kerja-kerja pembersihan dan apa yang paling penting adalah semangat bekerja berkumpulan bagi menampakkan imej SV di pandang tinggi oleh pihak luar di sana,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan.

Antara agensi dan jabatan yang terlibat bagi kerja-kerja pasca banjir di Segamat adalah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Belia Negeri Johor dengan kekuatan anggota 250 orang.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria.

-ZS-

Tinggalkan komen anda