Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tuah Peserta Zumba Aerobik Bawa Pulang Motosikal

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Niat seorang wanita dari Taman Impian Ehsan yang menyertai Zumba Aerobik membawa tuah apabila terpilih memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal dalam Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang Daerah Hulu Langat 2023, hari ini.

Menurut Siti Fawrizah Ibrahim, 37, beliau hadir ke program ini kerana tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan.

“Syukur, Alhamdulillah. Ini adalah rezeki anak-anak, saya masih rasa terkejut dan tidak sangka dengan hadiah ini. Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang” katanya.

“Tema Zumba Aerobik Batik@Pelekat telah menarik minat komuniti disini untuk hadir memeriahkan suasana. Aktiviti sebegini perlu kerap diadakan bagi mengisi masa lapang disamping menyihatkan tubuh badan” kata Salmiah Che Din, 50, peserta Zumba Aerobik.

Daerah Hulu Langat merupakan lokasi kelima Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda