Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Warga KKS 2 Bantu Pembersihan Pasca Banjir

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Empat orang kakitangan dan tujuh pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS 2) telah menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di dua buah rumah kakitangan KKS 2 yang bertempat di Kampung Tengah Segamat, semalam.

Pensyarah Sijil Teknologi Senibina, Azani Timan, 42, yang mengetuai misi, berkata walaupun sumbangan khas telah diberikan kepada mangsa namun bantuan dari segi tenaga dengan melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan barang yang rosak juga diperlukan.

Salah seorang kakitangan KKS 2 Rasidah Mohd Nor, 45, yang dilanda musibah banjir menyatakan rasa syukur dengan kedatangan rombongan daripada KKS 2 kerana beliau tiada tenaga untuk mengangkat perabot yang berat dan rosak disebabkan air banjir.

“Saya berasa sedih dan reda dengan apa yang berlaku yang mana saya ada pengalaman menghadapi banjir besar pada tahun 2011 yang lepas,” ujarnya ketika ditemui semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Mohd Hairi Sharin Sahari, 36, yang menetap di Kampung Tengah, berkata semasa air mula naik dan memasuki ke dalam rumah, beliau serta-merta berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berdekatan bagi menyelamatkan nyawa.

“Ianya satu pengalaman yang baru bagi melakukan kerja pembersihan rumah mangsa banjir walaupun yang hadir pada hari ini hanya tujuh orang sahaja,” kata seorang pelajar KKS 2, Mohamad Azfar Zakwan Ahmad, 21.

-ZS-

Tinggalkan komen anda