Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Malam Cinta Rasul Dibanjiri 3000 Pengunjung

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ag Ku Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Bin Salleh

TAWAU, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Malam Cinta Rasul yang diadakan di Masjid Az Zaeemah, di sini dibanjiri kira-kira 3,000 pengunjung dari kawasan sekitar Tawau.

Program bermula seawal pukul 6.00 petang dengan alunan-alunan zikir dan selawat memuji kebesaran Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh wakil madrasah berdekatan.

Menurut Amir Kanje, 52, beliau berasa amat bersyukur program sedemikian diadakan di kawasan kejiranan masjid diimarahkan orang ramai.

“Selain itu majlis seumpama ini dapat menarik golongan belia lebih mendekati agama dan menjauhi perkara-perkara yang tidak bermanfaat,” ujarnya ketika ditemui di majlis itu, baru-baru ini.

Turut hadir sama Timbalan Mufti Negeri Sabah Datuk Abdul Manap Lakariba dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Malai Ali Malai Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda