Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Anwar Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media, Penggiat Seni

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Kementerian Komunikasi dan Digital

PUTRAJAYA, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini semalam.

Majlis dihadiri 1,000 tetamu terdiri daripada ketua-ketua agensi media, wartawan dan jurukamera, tempatan dan antarabangsa, selain penggiat seni serta 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda