Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Family Gathering dan Ihya’ Ramadan Anak Angkat Makmur Johor Daerah Tangkak 2023

By 17 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 94 anak angkat di bawah Inisiatif Anak Angkat Makmur Johor yang telah berdaftar bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) telah menerima sumbangan duit raya serta hamper sempena Majlis Family Gathering dan Ihya’ Ramadan anjuran YPKDT Daerah Tangkak yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini Sabtu lalu.

“Program ini adalah inisiatif Kerajaan Johor untuk membantu anak-anak Johor yang berumur 18 tahun yang telah kehilangan ibu, bapa atau penjaga semasa pandemik COVID-19.

“Ucapan terima kasih kepada YPKDT Daerah Tangkak dalam menganjurkan majlis seperti ini yang secara tidak langsung dapat mengembirakan pada yang hadir terutama kanak-kanak tersebut.

“Harapan saya agar bantuan ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak Makmur Johor dan permohonan bagi inisiatif ini masih dibuka untuk mereka yang memerlukan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Johor, Khairin Nisa Ismail.

Turut hadir Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Tangkak, Nor Aisyah Maulan, ketua-ketua kampung dan penghulu dari Mukim Serom dan Kundang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda