Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Keselamatan Penduduk Menjadi Keutamaan Bantuan Hari Raya

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Mohamad Zairin Mohd Zin (Hulu Langat)

PANDAN, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM 23,000 disumbangkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Teratai bagi kerja-kerja pembaikan tangki di Flat Kelompok Camar Kampung Tasek Permai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru merangkap Penyelaras DUN Teratai Ng Sze Han, beliau menerima aduan daripada wartawan berkenaan perkara tersebut.

“Air tangki di atas bumbung bocor dan mencurah ke bawah. Penduduk di sini sukar menjemur pakaian dan mengganggu aktiviti harian mereka di luar rumah serta perlu bantuan untuk menyelesaikan masalah ini dan keselamatan mereka juga perlu diambil kira.

“Dengan RM 23,000 ini, kita berharap masalah dapat diselesaikan sebelum sambutan Aidilfitri bagi memastikan keselesaan penduduk dan dapat merayakan hari raya dengan ceria” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Iftar Perdana dan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Hulu Langat, di sini semalam.

Sumbangan bantuan hari raya seperti kuih raya, duit raya dan bakul Rahmah turut diadakan kepada penerima yang layak.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat Zubaidi Mohd Razat, Setiausaha Majlis Perbandaran Ampang Jaya Julaihah Jamaludin, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor dan Ahli Majlis MPAJ Zon 19 Mohamad Firdaus Babh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda