Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Persiapan Menjelang Hari Raya, Harga Barang Terkawal

By 19 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Tinjauan di salah sebuah pasar basah di Kangar mendapati orang ramai di negeri ini telah mula membuat persiapan membeli barang keperluan seperti daging, santan dan barang-barang keperluan lain menjelang hari raya pada Jumaat atau Sabtu ini.

Tuan Marja Tuan Mad, 60, dari Taman Guru Jaya, berkata walaupun hari raya hampir tiba, saya dapati harga-harga barang keperluan tidak naik secara mendadak.

“Setakat ini barang-barang keperluan untuk persiapan hari raya saya lihat tiada masalah, semuanya boleh didapati dengan kadar yang cukup dengan harga yang munasabah,” katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Perlis yang telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 dengan tempoh pelaksanaannya selama 16 hari bermula pada 15 sehingga 30 April ini.

SHMMP telah membantu menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan Hari Raya Puasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda