Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Permintaan Kuih Tradisional Meningkat Mendadak

By 19 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Permintaan terhadap kuih tradisi seperti cucur peneram, bangkit bakar, karas, loyang dan bahulu meningkat secara mendadak menjelang sambutan hari raya yang bakal tiba.

Pemilik Siding Klasik Enterprise di premis seliaan Majlis Perbandaran Kangar, Maznah Ahmad, 49, berkata jualannya dalam tempoh musim perayaan ini meningkat dua kali ganda daripada biasa.

“Antara kuih tradisional yang setakat ini perlu ditempah dan sentiasa kehabisan stok untuk diperoleh adalah bahulu cermai yang telah terjual sebanyak 2,000 bungkusan kecil setakat hari ini,” ujarnya.

Kedai yang beroperasi berhadapan dengan Medan Selera Sena, di sini menjual pelbagai jenis kuih tradisional dan sentiasa dikunjungi pelanggan dari sekitar Kangar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda