Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tiga Dekad Meneruskan Budaya Gotong-Royong Kacau Bubur Lambuk

By 5 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Penduduk Taman Melati Indah meneruskan warisan amalan bergotong-royong mengacau bubur lambuk setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Menurut Setiausaha Surau Nurul-Yaqin Kapten (B) Abd Talib Ahmad, 65, rutin masyarakat di kawasan perumahan ini bermula sejak tahun 1995 dan masih diteruskan sehingga hari ini.

ā€œSetiap hari Isnin dan Khamis di bulan Ramadan, setelah selesai bertadarus di surau, kami akan berkumpul untuk bergotong-royong mengacau bubur lambuk.

ā€œGotong-royong ini dilakukan sendiri oleh sukarelawan dalam kalangan masyarakat setempat,ā€ katanya. Dengan anggaran kos bernilai RM400 untuk satu kawah yang besar kami dapat menyediakan 350 bungkus bubur lambuk.

Menurutnya, kos untuk bahan-bahan memasak diperolehi daripada dana surau dan sedekah daripada orang persendirian dan juga kolaborasi bersama pihak luar seperti Tabung Haji dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

-ZS-

Tinggalkan komen anda