Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

15 Rumah Penyembelihan Berlesen Beroperasi Di Negeri Johor

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

PONTIAN 29 Mei (Malaysiaaktif)- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyampaian Insentif Peralatan Sembelihan Rumah Penyembelihan Berlesen Negeri Johor di Rumah Penyembelihan Mujer Javanese, pagi tadi.

“Terdapat 15 buah rumah penyembelihan yang dilesenkan dan beroperasi di Negeri Johor termasuk tiga buah rumah penyembelihan untuk ruminan kecil (kambing/bebiri),” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip semasa merasmikan majlis ini.

Kata beliau, banyak manfaat melalui rumah penyembelihan yang dilesenkan ini antaranya menyediakan tempat yang sesuai dan selamat untuk tujuan penyembelihan ternakan bagi tujuan jualan atau semasa perayaan.

“Proses sembelihan juga mudah dan menjadi lebih cepat bagi penternak dan masyarakat yang berhampiran dengan rumah penyembelihan tersebut.

“Tahap kesedaran masyarakat berkaitan amalan penyembelihan yang baik masih rendah. Justeru itu, perkara berkaitan kebajikan haiwan, undang-undang, pengendalian ternakan sebelum dan semasa penyembelihan perlu diterapkan dengan baik,” katanya.

Zahari juga optimis dengan bantuan peralatan sembelihan ini dapat membantu meningkatkan kecekapan proses kerja dan meningkatkan jumlah sembelihan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Pekan Nenas, Tan Eng Meng; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Dr Maria Jamli serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Azmee Awang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda