Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Galak Sertai Pertandingan Bantu Kurang Penggunaan Gajet

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Menggalakkan anak-anak mengikuti aktiviti dan menyertai pertandingan yang diminati dapat membantu mengurangkan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak.

Menurut Khaleda Mansor, 33, banyak cara untuk mendidik anak-anak dan salah satu caranya memberi galakan mengikuti pertandingan yang melibatkan kanak-kanak.

“Saya lihat anak saya minat aktiviti berfesyen dan peragaan jadi saya galakkan dengan membawanya menyertai pertandingan tersebut.

“Dengan cara ini dapat mendidik anak saya untuk pandai berkomunikasi dan bergaul dengan ramai orang.

“Selain itu, penyertaan anak dalam pertandingan sejak kecil dapat membiasakan diri tampil berani berhadapan dengan masyarakat di atas pentas,” katanya ketika ditemui pada pertandingan Little Miss, Mister Kaamatan, dan Miss Kaamatan 2023, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, anaknya Nur Khalishah Qaisara Julkipli, 5, mengikuti pertandingan yang sama tahun lepas dan memenangi gelaran Miss Brave.

Untuk rekod, pertandingan Little Miss, Mister Kaamatan dan Miss Kaamatan diadakan sempena perayaan Kaamatan dengan tiga  kategori melibatkan penyertaan dari usia tujuh  hingga 17 tahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda