Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

35 Penduduk Terima Sumbangan Menerusi Program Kasih Syawal  

By 21 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad/Politeknik Kota Kinabalu (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 35 penduduk Kampung Laya-laya menerima sumbangan  menerusi pelaksanaan Program Kasih Syawal anjuran Pusat Islam dan Puspanita, Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Menurut Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim program ini merupakan lanjutan daripada Program Kasih Ramadan yang diadakan setiap tahun bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Sebelum ini, seramai 259 asnaf yang terdiri daripada pekerja pembersihan dan landskap, pengawal keselamatan, staf pentadbiran pemandu, pelajar yang kurang berkemampuan, pelajar mualaf serta orang kampung sekitar telah menerima bantuan bakul makanan dan duit raya.

“Sumbangan disampaikan berupa barangan makanan kepada warga PKK yang kurang berkemampuan,”kongsinya ketika ditemui pada Program Kasih Syawal, di sini semalam.

Tambahnya, dengan program ini dapat memberi peluang kepada penyumbang dan penerima bersama-sama merasai nikmat berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama.

Untuk rekod, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul bagi kedua-dua program ini adalah RM15,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda