Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Governor’s Day’ HSBM Gamit Memori TYT Tun Ahmad Fuzi

By 20 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Lawatan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Majlis ‘Governor’s Day’ Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) , di sini semalam mengimbas kembali kenangan beliau semasa menuntut ilmu di sekolah tersebut.

“Kehadiran saya menggamit memori 50 tahun dahulu semasa belajar di sekolah ini.

“Banyak kenangan yang menjadi ingatan abadi ketika bergelar pelajar di sekolah ini,” katanya.

TYT Tun dalam ucapannya berasa amat terharu dan merakamkan terima kasih di atas sambutan yang diberikan.

Program anjuran Alumni HSBM bersama pengurusan sekolah itu disertai hampir 400 orang pelajar dan tetamu.

TYT Tun juga berpesan kepada setiap pelajar agar mempunyai kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar.

Pada majlis tersebut beliau juga telah menyaksikan sumbangan yang disampaikan oleh pihak swasta dan Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang kepada pihak sekolah.

Seorang guru Zulkarnain Zainol, 49, berkata beliau berasa amat gembira dan teruja dengan kehadiran TYT Tun pada hari ini kerana ia memberi kesan yang cukup besar kepada pendidik dan pelajar.

Pelajar HSBM, Nur Alia Maisara Shaari, 16, turut gembira kerana kehadiran pemimpin nombor satu Pulau Pinang memeriahkan lagi sambutan majlis yang berlangsung pada hari ini kerana TYT Tun merupakan bekas pelajar sekolah ini.

TYT Tun juga telah merasmikan Makmal STEM dan mengakhiri program dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama alumni dan para guru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda