Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Cherry dan Sanum Bantu Proses Pemindahan Gajah Liar di Kluang

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad/Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) sekali lagi membawa Cherry dan Sanum, dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ke daerah Kluang bagi membantu proses pemindahan gajah liar yang mengganggu penduduk di sekitar perumahan Taman Sri Lambak, Kluang.

Menurut Pegawai Operasi Pemindahan Gajah Liar, Mohd Abu Huzaifah Abu Samah, gajah liar telah ditangkap pada 19 Mei yang lalu, manakala gajah denak tiba pada 21 Mei dan perlu direhatkan selama satu hari sebelum proses pemindahan gajah dilakukan pada 23 Mei.

“Gajah liar yang ditangkap akan dipindahkan ke habitat asal,” ujar beliau.

Cherry yang berusia dalam lingkungan 20 tahun, merupakan gajah denak yang diselamatkan di Kampung Pulau Cherry, Lenggong, Perak, manakala Sanum yang berusia dalam lingkungan 18 tahun diselamatkan di Kampung Sungai Sanum, Sungai Siput, Perak.

Kedua-dua ekor gajah denak ini diberi nama bersempena lokasi gajah tersebut diselamatkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda