Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Bakal Jemaah Haji Dirai

By 23 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

MACHAP JAYA, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 18 orang bakal jemaah haji dari kawasan Machap Jaya diraikan dalam satu majlis kenduri yang diadakan di kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap Jaya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata bakal jemaah haji yang terpilih merupakan insan bertuah kerana bukan semua umat islam dianugerahkan panggilan dari Baitul’lah.

“Ini merupakan kenduri untuk bakal jemaah haji yang pertama dilaksanakan selepas saya menjadi ADUN Machap Jaya dan saya ingin mengingatkan kepada semua bakal jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang menjalankan ibadah tersebut,” ujarnya.

Di majlis yang sama Ngwe Hee Sem turut menyampaikan wang sagu hati RM200 kepada semua bakal jemaah haji yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda