Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Semangat Perpaduan Dizahirkan Melalui Lagu Dan Irama

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat berbilang kaum mula membanjiri Pentas Utama, Tebingan Sungai Kuching sejak 6 petang untuk memeriahkan program Malam Irama Uniti yang bertemakan ‘Irama Sama-Sama Kita’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara, semalam.

Para hadirin dilihat duduk bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, membuktikan keunikan serta keharmonian masyarakat di Sarawak.

Persembahan lagu dan irama yang disampaikan oleh artis-artis berbilang kaum tanah air menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam masyarakat.

Terdahulu, Kementerian Perpaduan Negara telah menerima dua sijil penganugerahan dari Malaysia Book Of Records bagi penyertaan Pemakaian Busana Etnik Teramai Dalam Satu Acara dan Kumpulan Etnik Terbanyak Dalam Pameran, yang disampaikan kepada Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang.

“Penciptaan Malaysia Book of Records bagi kedua-dua kategori ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan malah program ini membuktikan keakraban, keharmonian dan jalinan perpaduan sangat utuh dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujar Aaron.

-ZS-

Tinggalkan komen anda