Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Empat PBT Terima Kamera Litar Tertutup (CCTV)

By 8 Mei 2023Mei 17th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

JOHOR BAHRU, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Sebanyak 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan akan diterima oleh tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor Bahru dan satu PBT di Kulai dalam tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata tiga PBT di daerah Johor Bahru iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) masing-masing akan menerima sebanyak 500 unit CCTV manakala Majlis Perbandaran Kulai pula akan menerima 100 unit CCTV.

“CCTV yang akan dipasang itu menggunakan kamera berteknologi tinggi dan berupaya mengimbas wajah, nombor plat kenderaan serta ketepatan data yang jelas.

“CCTV ini juga akan dikawal oleh pusat kawalan ‘Command Centre’ oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana penguatkuasaan ini bukan hanya terletak pada pihak PBT sahaja tetapi juga akan melibatkan pihak polis.

“Dengan pemasangan CCTV di kawasan PBT masing-masing dapat menjadikan agenda Johor Selamat menjadi kenyataan dan juga untuk memastikan penduduk dan pelancong yang datang ke Johor Bahru dan Kulai berasa selamat walau dimana jua mereka berada dengan adanya pengawasan CCTV 24 jam setiap masa,” katanya selepas ditemui pada Program Gotong-Royong Johor Bersih Perdana di Legaran Segget, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda