Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT 6 Mei, (Malaysiaaktif) – The Segamat Buddhist Society dan Kelab Rakan Muda Kampung Baru, Kampung Abdulah telah mengadakan Kempen Menderma Darah di lobi Pasaraya Segamat Central.
Guru penasihat Kelab Rakan Muda Hwong Chan Suei, berkata Kempen Menderma Darah kali ini merupakan kerjasama mereka bersama Unit Tabung Darah, Hospital Segamat kali yang ke tujuh.
“Kami berjaya mengumpul 37 beg darah, seramai 53 orang penderma yang mendaftar tetapi 16 orang ditolak kerana HB tidak cukup, kurang berat badan, tekanan darah terlalu tinggi / terlalu rendah dan pengambilan ubat,” katanya ketika ditemui di sini.
Doreen Bong Siew, 57, merupakan seorang penderma yang telah menderma selama 39 tahun dan berjaya mencatat rekod menderma darah sebanyak 110 kali.
“Inisiatif kempen menderma darah ini secara langsung dapat memastikan matlamat bekalan darah mencukupi bagi menampung keperluan darah di Hospital Segamat tercapai. Ianya mampu memberi peluang kepada orang ramai yang belum pernah menderma darah dan juga penderma-penderma darah berkala tampil dengan sendirinya untuk menderma darah bagi merealisasikan keperluan darah yang diperlukan,” jelasnya.
Majlis penyerahan sijil penghargaan turut diadakan untuk kategori penderma darah terbanyak bagi daerah Segamat daripada Pusat Darah Negara yang mewakilkan Doktor Aida Barkawi untuk diserahkan kepada Doreen Bong Siew Chin.
-ZS-