Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Gerai Hasil Laut Segar Jalan Sungai Baru Punyai Nilai Estetika Tersendiri

By 31 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Affandi Yusran Suhadi

KUALA PERLIS, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Gerai Hasil Laut Segar di Jalan Sungai Baru merupakan kawasan yang menjual hasil laut segar popular dalam kalangan penduduk di negeri Perlis sejak 20 tahun lalu.

Para Nelayan bot kecil di sini akan terus menjual hasil tangkapan mereka kepada pelanggan dan sehingga kini deretan gerai sepanjang 500 meter ini dilihat berdaya maju serta mempunyai nilai estetika tersendiri kepada masyarakat tempatan serta perlu dikekalkan.

“Saya mendapatkan hasil laut untuk dijual seperti kerang, mentarang dan retak seribu terus daripada penduduk kampung Sungai Baru ini,”  ujar Mohd Zulhilmi, 27, dari Sungai Berembang dan salah seorang peniaga muda di sini.

“Lokasinya yang strategik terletak di Jalan Sungai Baru, penghubung bagi laluan dari Kangar ke Alor Setar mampu menjadikan Jalan Sungai Baru sebagai hub jualan terus hasil laut segar oleh nelayan kecil dan juga pusat pengumpulan perusahaan orang kampung kepada masyarakat di negeri Perlis,” katanya.

Siti Fatimah Ramli, 25, kini mengambil alih gerai jualan ikan milik arwah ayahnya, berkata beliau dan adik-beradiknya akan terus berniaga di gerai tersebut.

“Ayah telah memulakan membuka gerai ini dan menjual hasil laut segar seperti ikan merah, ikan kembung, cencaru, pari dan sebagainya.

Menurutnya jualan hasil laut segar dan juga hasil produk orang kampung seperti pekasam, asam jawa, asam keping dan belacan mampu menjadikan Jalan Sungai Baru ini sebagai hub jualan dan seterusnya mejadi daya tarikan para pelancong yang datang ke negeri Perlis.

“Dengan harga yang sangat berpatutan dan menjanjikan hasil laut yang segar menjadikan Jalan Sungai Baru ini sebagai tumpuan terutama pada hujung minggu dan juga pada hari-hari cuti umum untuk mendapatkan hasil laut para nelayan dan juga produk keluaran orang kampung,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda