Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPDN Tubuhkan Konsortium Rahmah

By 31 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan pihaknya akan menubuhkan konsortium Rahmah dalam masa terdekat.

Menurutnya, konsortium yang melibatkan semua pemain industri itu bertujuan semua jualan dan program Rahmah dapat diperkukuhkan.

“Cadangan berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat pasca kabinet petang ini.

“Semua jualan, pakej atau program dapat disistemkan dalam satu konsortium yang akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran dan Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ AU2 Taman Keramat, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof.

Mengulas lanjut Salahuddin, berkata JER Selangor merupakan penggabungan dua program iaitu Jualan Rahmah dan Jualan Ehsan Rakyat.

“Fokus jualan adalah barangan asas seperti ayam, beras, telur ayam, minyak masak ikan, gula dan daging.

“Harganya 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dijual dalam tempoh tiga jam dengan konsep premis terbuka,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda