Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Projek Tanaman Nanas KRT Kampung Gunung Bantu Anggota Tambah Pendapatan

By 16 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perpaduan dan Integrasi Nasional melalui Komuniti Rukun Tetangga (KRT) telah mengambil inisiatif untuk memajukan projek ekonomi luar bandar dalam penanaman nanas bagi membuka peluang ekonomi kepada penduduk luar bandar terutamanya kepada golongan muda.

Pengerusi Jiran Muda KRT Kampung Gunung Mohd Zulhafiz Zarriq Abd Hadi, 30, yang terlibat sejak awal projek, berkata hasil projek berkenaan telah banyak membantu KRT serta anggota yang terlibat dari segi ekonomi.

“KRT Kampung Gunung telah mengusahakan projek tanaman nanas sejak November 2018 di atas tanah seluas satu ekar melibatkan 20 orang jawatankuasa KRT kampung,” katanya.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Indera Noridah Abdul Rahim pengenalan projek ekonomi kepada masyarakat luar bandar melalui KRT bukan hanya untuk menambah pendapatan anggota tetapi juga untuk memupuk semangat saling bekerjasama secara berpasukan demi memastikan kejayaan projek berkenaan.

“Bagi projek yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, dana akan ditambah bagi memastikan projek boleh diperluaskan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda