Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKedah

Kemeriahan Malam Mesra Aidilfitri Penjara Pokok Sena

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Penjara Pokok Sena

POKOK SENA, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Malam Mesra Aidilfitri peringkat Penjara Pokok Sena, Kedah telah berlangsung dengan meriahnya bersama kakitangan serta keluarga mereka semalam di perkarangan Dewan Serbaguna, Penjara Pokok Sena.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh Tree Sessions Band. Sebanyak lapan buah gerai mengikut Platun masing-masing menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman.

Di samping itu, turut diadakan pertandingan Pakaian Keluarga Kakitangan Tercantik, Pakaian Kakitangan Lelaki Kacak, Pakaian Kakitangan Wanita Cantik, Gerai Platun Terbaik dan acara cabutan bertuah.

“Majlis pada malam ini sangat meriah, disamping kita dapat berkenalan dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan ahli keluarga,” kata salah seorang ahli keluarga kakitangan, Asmawati Othman, 58.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Abdul Kadir Jailani, Pengarah Penjara Pokok Sena, TKP Aminon Adnan, Ketua-ketua Jabatan dan agensi serta media.

-ZS-

Tinggalkan komen anda