Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pesta Laksa Terengganu Dapat Sambutan Meriah

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Pesta Laksa yang diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir meriah dengan kedatangan penduduk tempatan di sekitar Seberang Takir, di sini, semalam.
Menurut Norizan Mohd Razali, 50, beliau merasa amat gembira dapat turut serta dalam pesta berkenaan kerana dapat memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmati juadah laksa yang dihasilkan oleh beliau.

“Terdapat pelbagai laksa yang disediakan di pesta ini, antaranya ialah laksa Penang, laksa Terengganu dan laksa Thailand” ujarnya.

Beliau yang menyediakan laksa Terengganu turut juga menyediakan dua jenis kuah laksa iaitu kuah merah dan kuah lemak.
Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, yang merupakan penganjur utama majlis Pesta Laksa, berkata pesta ini diadakan dengan tujuan untuk membantu peniaga laksa tempatan untuk memperkenalkan juadah laksa mereka kepada penduduk tempatan.

“Pesta ini diadakan untuk memperkenalkan penduduk tempatan mengenai kepelbagaian laksa yang dijual di sekitar negeri Terengganu dan memberi peluang untuk peniaga memasarkan produk mereka,” katanya.

Kira-kira 5000 penduduk tempatan, penjawat awam dan pemimpin tempatan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda