Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Kita Madani Meriah

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Shamsul Bahari Abd Shukor (Daerah Timur Laut)

GEORGE TOWN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Karnival Kita MADANI meriah dengan dengan kehadiran komuniti Madani Padang Tembak dan kawasan sekitar di sini semalam.

Lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan karnival dengan berkunjung ke kaunter perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak swasta.

Terdapat beberapa segmen seperti pameran berinformasi, kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, TVET, dan sukan tradisional.

Karnival anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee, dilaksana dalam usaha memperkasakan pemasaran maklumat kerajaan terus kepada masyarakat secara berterusan.

“Program ini dilihat mampu memperkukuhkan perpaduan di antara kaum selain menyemarakan lagi hubungan pemimpin dan rakyat,” kata Pengarah Penerangan Negeri, Sabri Said ketika ditemui di sini.

Program dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Timur Laut, Rosli Halim.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda