
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG BARU, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Klinik Kesihatan Selayang Baru ditutup sementara waktu bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak menerusi satu notis memaklumkan penutupan sementara operasi untuk kerja-kerja menaiktaraf sistem pendawaian elektrik.
“Untuk makluman Klinik Kesihatan Selayang Baru akan di tutup bermula dari hari ini (25/5/2023) sehingga diberitahu kelak untuk kerja-kerja menaiktaraf sistem pendawaian elektrik.”
Pesakit yang telah membuat temujanji dalam aplikasi MySejahtera bermula daripada tarikh tersebut diminta untuk ke fasiliti kesihatan lain yang berdekatan,” menurut notis berkenaan.
Notis tersebut juga memaklumkan perkhidmatan akan dipindahkan dan beroperasi secara sementara di beberapa fasiliti kesihatan berhampiran.
“Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di Klinik Kesihatan Gombak Setia (bangunan lama) dan janji temu di Klinik Kesihatan Taman Ehsan.
“Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Gombak di talian 03-61207601 atau Pejabat Pergigian Daerah Gombak di talian 03-60914128 saekiranya terdapat sebarang pertanyaan,,” jelas notis itu.
-ZS-