Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Komuniti Setempat Benteng Awal Kekang Ancaman Dadah

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit Media PDTKP (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Peranan komuniti setempat dan kerjasama semua pihak mampu memainkan peranan sebagai benteng awal yang dalam mengekang dan menghapuskan ancaman najis dadah dalam masyarakat mahupun negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannnya sempena Sambutan Hari Antidadah 2023 peringkat Negeri Sembilan dan Karnival Mega Beliawanis Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti yang diadakan di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi, di sini Sabtu lalu.

“Insya-Allah, dengan semangat kekitaan yang tinggi, saya pasti Negeri Sembilan dapat dibebaskan daripada ancaman najis dadah,” ujar beliau semasa ditemui.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia Solehin Ahmad Belon, Ahli DUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim, Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap dan barisan kepimpinan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda