Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita Tempatan

Minggu Perpaduan Serlahkan ‘Moment Of Unity’ Labuan

By 28 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BES Labuan
LABUAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Program Sambutan Minggu Perpaduan Berjaya menyerlahkan detik-detik perpaduan atau ‘Moment Of Unity’ terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail program itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menzahirkan ekspresi kasih dan pemaparan persahabatan serta persaudaraan erat sekaligus memperkukuhkan semangat kekeluargaan.
“Aktiviti-aktiviti yang diadakan mengambil kira penglibatan peserta dari pelbagai peringkat umur, bangsa, agama dan kepercayaan bersesuaian dengan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.
“Saya berharap penglibatan dan penyertaan dari pelbagai pihak dalam program ini dapat menyampaikan mesej semangat perpaduan dan semangat kerjasama rakyat Malaysia terutamanya di Labuan,”katanya semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini pagi tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pegawai eksekutif PL Datuk Dr. Othman Che Jusoh.
Sambutan yang berlangsung selama dua hari itu dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti pameran daripada agensi kerajaan, persatuan kebudayaan etnik/suku kaum dan beberapa acara berbentuk pertandingan.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Zulkifli Hashim dan Pengarah JPNIN Labuan, Esther Dingkawan.
-ZS-

Tinggalkan komen anda