Skip to main content
Berita SelatanBerita Tempatan

Keharmonian Kaum Jayakan SMP Negeri Johor

By 28 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat/Norsaedah Haron

KLUANG, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor telah berjaya mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Negeri Johor di Dataran Tasek, Kluang, hari ini.
Sambutan ini diadakan bagi menjamin koharmonian dan kesejahteraan antara semua kaum di Malaysia dapat dizahirkan dengan jayanya.

Pengerusi Jawankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini.

“Ini negara kita, perpaduan dan kepelbagaian yang ada juga adalah khazanah kita.

“Keamanan bukan jatuh dari langit, ia adalah pengorbanan orang-orang terdahulu dan oleh itu generasi baru perlu sedar dan hargai serta berdiri teguh dengan prinsip rukun negara kita,” ujarnya.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Suraya Wen, objektif pelaksanaan program SMP adalah bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan kefahaman perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Tema perpaduan pada kali ini adalah perpaduan dalam kepelbagaian dan pada hari ini, di dalam dewan kita adakan bicara perpaduan, di lobi terdapat aktiviti bersama keluarga dan di dataran kita adakan pameran dari pelbagai komuniti kita.

“Program sebegini menjadi landasan aktiviti penyatuan dan perpaduan,” katanya.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan bantuan RAHMAH dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kolaj dan rekacipta.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda