Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Majlis Pelancaran Logo dan Tema HKHM 2023 Peringkat Sarawak dapat Sambutan Hangat

By 28 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Lim Poh Choo/ Lance Dunstan (Sarawak)

KUCHING, 27 Mei: (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Sarawak yang diadakan di Mydin Petra Jaya, Kuching hari ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat termasuk dengan kehadiran ketua masyarakat dan kaum, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta orang awam.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi semasa merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Tema HKHM Peringkat Sarawak hari ini berkata, logo dan tema HKHM merupakan satu simbol dan elemen yang penting untuk menyatukan rakyat Malaysia agar menghargai detik keamanan serta kebebasan yang dikecapi waktu ini.

“Sebagai sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian latar belakang rakyat, maka pemilihan logo dan tema HKHM hendaklah mengambarkan prinsip dan nilai perpaduan serta kemajmukan rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi salah seorang pelajar UNIMAS yang berkesempatan hadir di majlis tersebut, Emmanuel Enjah Derek, 21, berkata HKHM mampu menyemarakkan perpaduan antara semua masyarakat dari pelbagai kaum dan agama dan seterusnya menyuntik semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Pendapat sama turut diluahkan oleh Anum Ahid, 60, salah seorang pengunjung yang turut hadir ke majlis ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda