Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Mini Karnival HAWANA 2023, Platform Kenali Wartawan

By 28 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang disambut pada setiap 29 Mei membuka mata masyarakat betapa pentingnya jasa seorang pengamal media atau wartawan dalam menyampaikan maklumat dan berita yang sahih.

Pesara, Zulkefli Yusof, 65, berkata dia mengetahui tentang sambutan tersebut melalui hebahan di siaran radio tempatan iaitu PerakFM.

“Hebahan sebegini sedikit sebanyak membantu masyarakat yang kurang pengetahuan tentang sambutan yang diadakan.

“Sebagai orang awam pastinya kini lebih menyedari bahawa skop kerjaya wartawan atau pengamal media ini amat penting dan jasa mereka wajar dihargai,” katanya ketika ditemui di Mini Karnival HAWANA 2023 di Ruang Legar Pasaraya Mydin, Meru, di sini semalam.

Negeri Perak menjadi tuan rumah bagi sambutan HAWANA 2023 dengan meraikan para pengamal media menerusi pelbagai acara termasuk Kejohanan Boling Media dan santapan malam bersama Sultan Perak.

Perasmian HAWANA 2023 akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Casuarina Meru, petang ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda