Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LIMA 2023 Mendapat Sambutan Hangat Daripada Penduduk dan Pelancong ke Pulau Langkawi

By 28 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) edisi ke-16 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai terutama penduduk tempatan apabila sesi lawatan kepada orang awam dibuka bermula semalam.

Menurut pengunjung Yufriza Mohd Noor, 46, dari Kota Bharu, Kelantan beliau berkata, LIMA kali ini banyak penambahan acara terutama pertunjukan udara.

“Para pengunjung lebih berkesempatan untuk melawat pameran dengan lebih dekat disamping dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan apabila ibu bapa membawa anak-anak bersama menyaksikan pertunjukan yang diadakan.

“Saya dan keluarga pun berasa teruja untuk datang kali ini dan persembahan kali ini tidak menghampakan,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak, Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat, 67, berkata seramai 23 orang peserta pengakap serta lima orang pemimpin menyertai Lawatan Pelancongan Langkawi Geopark ke Pulau Langkawi.

“Salah satu aktiviti lawatan ini ialah hadir ke Temasya LIMA 2023.

“Semoga dengan program seperti ini akan memberi pendedahan yg amat bermakna dan pengalaman yang berguna untuk masa depan para peserta,” katanya semasa ditemui pihak media di Dewan MIEC di sini baru-baru ini.

Temasya LIMA 2023 akan berakhir pada 27 Mei ini.

Para pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan udara dan persembahan Maritim di lokasi -lokasi seperti masa yang telah ditetapkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda