Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Mini Muzium IPG Kampus Batu Lintang

By 12 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Liu Mei May/Mohamad Hasif

KUCHING, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Mini Muzium Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dilancarkan secara rasmi pada tahun 1998.

Mini muzium ini menyimpan gambar-gambar sejarah awal IPG Kampus Batu Lintang. Selain gambar, terdapat artifak-artifak semasa zaman peperangan, manuskrip yang ditulis oleh tahanan perang di Batu Lintang pada tahun 1945 dan juga koleksi sijil “Underground University”.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai bagi melihat sejarah penubuhan IPG Kampus Batu Lintang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat dan juga warga pendidik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda